March 10, 2012

ATP 3013: Seni Lakon Awalan

20 Feb yang lalu adalah permulaan semester 6...huhuhu. dah tua rsenya... blaja pun dah nk hbis. And sye sangat la happy...Untuk pengetahuan sumer pembaca, kalau ad la... semester ini subjek sem in sangat la sukar2 semuanya. (saya sangat takottt....) Antaranya ialah Isu-Isu Serantau, Hubungan Antarabangsa, KPD 2, Perlembagaan, Ko Teater & Drama and last but not least subjek elektif yang baru dibuka ATP 3013: Seni Lakon Awalan. Which is En. Shuradi adalah lecturer bagi kursus ini. So also same like before (Pergerakan Kreatif Teater) kami perlu sentiasa update di dalam blog. 

Saya sebenarnya agak teruja untuk mengambil kursus ini kerana kami bakal didedahkan dengan seni lakon. Seni lakon ini adalah berbeza dengan kursus Pergerakan Kreatif Teater sebelum ini. 

Kuliah Minggu 2
Pada minggu ini kami telah diberikan penerangan berkaitan dengan kursus ini dengan lebih lanjut kerana En. Eddy berhasrat untuk memberikan kuliah berkaitan dengan kesemua teori terlebih dahulu dan pada kelas berikutnya kami akan belajar praktikal daripada teori2 ini. Kami diterangkan tentang sejarah kemunculan seni lakon ini yang mana ia adalah merupakan hasil tinggalan nenek moyang kita pada zaman dahulu.

Berbanding dengan zaman dahulu, lakonan lebih bersifat khayalan iaitu ianya tidak realistik. Ia tidak menjurus kepada perwatakan manusia, ia lebih kepada lakonan daripada alam semulajadi dan juga hidupan disekeliling. Kemudian seni lakon ini semakin berubah kepada watak yang lebih sebenar iaitu manusia seperti yang dapat dilihat pada hari ini.

Kami juga turut diterangkan berkaitan 3 elemen penting dalam lakonan iaitu Badan, Suara dan juga Ruang. Ketiga-tiga elemen ini akan digunakan oleh seseorang pelakon bagi mengahasilkan watak. Terdapat 3 jenis ruang pentas iaitu Proscenium, Trust dan juga Arena. 

Dalam lakonan juga terdapat beberapa jenis lakonan iaitu Lakonan Eksploitatif, Lakonan Lampau Amatur, Lakonan Mekanikal dan Lakonan Representational. Lakonan yang terbaik adalah Lakonan Representational yang ini dicapai oleh semua pelakon handalan. Saya juga berharap untuk mencapai tahap tersebut dan ia memerlukan kesungguhan yang amat tinggi.
 
That all for this post..
Sayonara~