December 21, 2011

Street Performance Beyond The Square

Entitle of Beyond The Square..
That is my last assngment for "Pergerakan Kreatif Teater" class..
Akhirnya hbis jgk kelas nie tuk... I'm free..uhuhu

Hari ini 21 Dec 2011 adalah merupakan persembahan kami yang terakhir dimana kami telah diminta untuk melakonkan watak2 cerita rakyat seperti Bawang Puteh Bawang Merah, Pak Pandir, Pak Kaduk, Laila dan Majnun dll. Sye sendiri telah melakonkan watak di dalm cerita Panca Delima iaitu ibu tiri yang jahat dan kejam yang juga merupakan ahli sihir dalm cerita tersebut...hahaha. Gempak gila. Korang ingt senang.. Dah la bercakap sorg2, terpekik2...hahahaha. Mcm orang x betul... tp itulah yang di panggil street performance... Kami tidak boleh menghiraukan orang2 di sekeliling kami. Just do our own character. That all!..
Sebelum sye sye bercerita dengan lebih lanjut, let see our preparation before went to the event (Balai Galeri Seni)....



Bawang Puteh, Bawang Merah n Dang Anum
Ahli Sihir n Mak Labu
Bawang Puteh 
Bawang Merah
Dang Anum

Ahli Sihir (witch)

Christina Milian~miss you like crazy(lyrics)




Love this songs...
Just enjoy the show..
~sayonara

December 20, 2011

Pergerakan Kreatif Teater ( Assngmnt Ke-2)

Hye Guys... Nite2, sbb skung nie sye sgt2 ngantuk but before that i need to settle this post..

Continued...
Untuk tugasan kedua kami, kami telah dicerakinkan kepada dua kumpulan yang akn diajar koreografinya oleh Lecturer kami... En.Eddy. Pda mulanya memang sgt happy sbb kteorng x perlu ssh2 memikirkan ap yang kne wt an so on. But ia bukan semudah itu... Kami tersangat la busy (kalah menteri)hehehe... but seriusly, we're busy!

 Dalam seminggu ad lebih kurang empat kli kteorng praktis untuk mendapatkan step2 yang diajar... Bukan senang tau, kami ini bukan penari yang profesional yang senang2 pick up sekelip mata tau... We need time.
Kami telah dipecahkan kepada dua kumpulan besar iaitu Kumpulan Kak Bie Jamban yang bergabung dengan seorang pelajar minor lakonan iaitu Nilam dan kami terdiri daripada tiga lelaki iaitu Lan, Fakrul Faiz n Sukri dan enam orang perempuan iaitu sya sendiri Aim, Azie, Ira, Aini n Dilla.

Sebenarnya terdapat beberapa pelajar yang menyertai kami dlm persembahan ini yang juga merupakan pelajar di bawah tunjuk ajar En. Eddy iaitu Nilam n Natheka. And ada sorng lagi iaitu abg Jerry yang menyertai kami untuk mengasah bakatnya dalam bidang lakonan.

Kalau semua nk thu, ahli kumpulan Kak Bie Jamban selain Nilam adalah memegang watak sebagai Tahi... Yes, Shit. That is the roll... Ceritanya adlah berkisah tentang seorang makcik cleaner yang bertugas mencuci tandas yang mempunyai masalah berkaitan dengan tugasnya. Dan kami adalh sebagai tahi2 yang menyelubungi  beliau.hahahaha... Sangat sadis!

Sepanjang persiapan untuk menyempurnakan tugasan ini telah kami kepilkan dalam foto yang telah sye sediakan di bawah. Let see....



Spray Platik tuk kostum
Spray jgan x spray
Spray time2
















Seterusnya latihan still diteruskan seperti biasa sehinggalah hari persembahan iaitu pada 9 & 10 Dec 2011 iaitu pada hari jumaat dan sabtu di Dewan Rahman Talib. Pada hari khamis sebelum persembahan adalah rehearsal kami yang terakhir. 
Let see foto2 sepanjang latihan kami....

Kak Bie Jamban
Group Proses


Abg Jerry n Tika












Akhirnya persembahan kami berlansung dengan jayanya... yeah!!
Credit to all actors and choreographer (En. Eddy)..
We all rock... Love you guys..
Let see some of our picture....

Group Kak Bie jamban
Proses


Its Us

Second Day

Wawan n Tika
Lynn, Aim, Sukri,Azie n Me


Credit To Them

Post ini adalah untuk menyatakan credit sye kpd beberapa org2 tertentu yang telah membuatkan sye menulis dlm blog ini even though idk anything about blog before..
Mmng sye pernah membuka blog ini untuk menulis isi hati yang terpendam dan berkongsi suka duka walaupun sorg2....hahaha

Credit yang pertama ialah kepada En. Eddy kerana d sebabkan beliau telah menyuruh kami yang mengambil subjek Pergerakan Kreatif Teater menerbitkan hasil pembelajaran kami d dlm blog2 sperti ini.

Second Credit ialah kepada kawan2 dan keluarga yang telah bertungkus lumus menyokong sye... eh2... slah tempat nie... huhu. Credit kedua sebenarnya ialah kwan sye, roomte sye merangkap BFF iaitu Facebooknya ialah Azie Akma.... Sbb die telah ajar sye bgaimana untuk menghasilkan blog2 yg comel ini...
Sye sgt happy dan teruja...huhuhuhuhu...

Ala,credit dah hbis la... Kne topup dlu nie... hehehe
Okay last2 Credit ialah kepada sumer kwan yang sering memberikan tnjuk ajar dan selalu berada di samping d waktu senang atau susah such as Mc'Leen, Aim n others... I love you so much.

That all for this post
Talk to you later...

Sayonara~

Six Sexy Princess, Three Naughty kid and A Shaman

Salam Satu Malaysia Sumer...

Perrhhh lau tgk tjuk tue mcm citer fairy tale la plak...hahaha.
Sebenarnya itulah watak2 yang terdapat dalam tugasan kumpulan bagi subjek Pergerakan Kreatif Teater sye.
Mngapa dikatakn Six Sexy Princess ini adalah kerana kostum kami yg drasakan agak sexy la...hehe
lau x cye xpe, jap ag tgk la gmbr2 kat bwah okay...

Okay terus kepada tugasan ini... (skema nampak) hahaha
Tajuk sebenarnya tugasan berkumpulan yang kami telah fikirkan bersama ini ialah "Healing" bermaksud Penyembuhan.Tajuk sedemikian adalah kerana pergerakan kreatif yang telah kami cetuskan ini adalah berkaitan dengan cerita tiga orang budak yang bermain d sebuah kawsan yang berhampiran dengan hutan dimana tempat tersebut adalah dibawah jagaan Puteri Enam yang diselia oleh seorang bomoh.

Tiga orang budak ini yang dibawa karekternya oleh Tyko, Lynn n Lan dimana mereka ini telah menceroboh kawasan tempat bermain puteri2 ini dan walaupun telah dilarang oleh bomoh yang dibawa wataknya oleh Ikhwan (wawan) mereka tetap tidak mengendakan larangan tersebut. Disebabkan itu telah menyebabkan budak2 tersebut seakan-akan disampuk oleh sesuatu. Tetapi bomoh ini bukan beniat jahat, beliau hanya ingin memastikan keselamatan budak2 tersebut shaja. Kemudian bomoh telah menyeru puteri2 enam dalam usaha untuk menyembuhkan budak2 tersebut yang mana watak puteri ini dibawa oleh sye sendiri Alya, Aim, Azie, Dilla, Laily n Aini. Kemudiannya bomoh dan puteri2 ini telah berusaha untuk meyelamatkan mereka yang telah  disampuk.

Arhhh... Bukan senang nk mencipta koreografi apabila ia bukan bidang kuasa kita. Satu hal lgi untuk menjayakannya. Kami kadang2 hari2 berlatih untuk memantapkan persembahan yang akan d nilai oleh En. Eddy... Sehinggakan cuti Deepavali pun x blik. Komitednya kami...hehe. Hujan x hujan praktis tetap jalan.
Banyak suka duga yg d tempuhi bersama... Praktis smpai lewat mlm. Praktis pgi, ptg, siang n malam...
Walaupun sgt letih tpi kami still enjoy... Fun to have time with all of you.

Sampai tarikh yg d tggu kami telah perform dengan jyanya..hehe..
Hujan pun bukan men lebat lgi hri tue... Tp nk xnk, perform jgk.

Laily, Azie, Alya n Aim
Laily, Azie n Dilla
Its Me n Aim

Healing Group
We Are Rock


Ini shaja untuk post kali nie...
Hope En. Eddy dpt berikan markah yang cun tuk group kami..hehe
Love You Guys... Muahahaha...


Sayonara~

Pergerakan Kreatif Teater

As'salam and Good Evening Sumer Reader (mcm la ad yang nk bce blog aku nie) hahaha...

Dengan terteranya tajuk diatas "pergerakan kreatif teater" nak d jdikan crita mcm ner sye leh add sbjek elektif ini adalh kerana roomte2 sye iaitu http://azie0706.blogspot.comhttp://aim2101.blogspot.com/ n http://meklinpunyablog.blogspot.com/... Inie adalah blog2 dieorang okay... promote lah sket, spe lgi nk tikam kwan, lau x kwan kan...hahaha.. Dieorang ini telah mengadd subjek nie... N then dieorng pun bukan men la promote kat sye yg sbjek nie sgt best. 

Kebetulan d masa itu, sye memerlukan satu lgi subjek untuk d add... Arhhh,peluang yang sangat baik la. Diorng pun kta lecturernya okay... So thats make me also okay to add it. Lgipun, sye mmng mnat berkaitan dengan seni nie x ksah la lakonan, tarian or pe2 seni la.

Walaubagaimanapun, selepas sehari menjalani kuliah di dalam kls tersebut.... I think there's fun in the class. So that make me happy about the subject. Dalam kls tersebut mcm2 sye blaja. And d bwah ini ada disertakan a few weekly review tentang pembelajaran sye dlam kls tersebut.

Minggu 2
20 September 2011 (Selasa)
            Ini adalah merupakan minggu kedua kami dalam kelas ini. Pertama, kami telah diberikan pendedahan tentang apa yang dimaksudkan dengan kursus ini sendiri, pergerakan kreatif teater. Pergerakan kreatif teater sebenarnya banyak melibatkan pergerakan dan terdapat juga lakonan di dalamnya. Tetapi pergerakan kreatif teater adalah lebih kepada pergerakan. Pada hari ini, Encik Shuradi memberi penerangan mengenai definisi tarian dan kaitan dengan pergerakan oleh tubuh badan. Sebenarnya perkataan dance atau tarian berasal daripada perkataan Jerman Kuno iaitu danso. Tarian ini melibatkan pergerakan tubuh badan yang mana otot badan kita boleh menegang dan mengendur.
Melalui pergerakan juga ia sebenarnya menunjukkan simbol-simbol tertentu. Kemudian kami diarahkan untuk membuat pergerakan dengan cara peniruan seperti membuat gaya orang tua, kanak-kanak yang baru mendapat gula-gula dan juga orang kurang upaya. Di sinilah perlunya sikap kreatif seseorang individu untuk mengekspresikan gaya-gaya tersebut. Selepas itu, kami diberi penerangan mengenai definisi pergerakan lokomotor iaitu pergerakan bebas manakala pergerakan bukan lokomotor pula ialah satu pergerakan statik yang mana ia melibatkan penggunaan ruang dalam badan sahaja. Walaupun pergerakan bukan lokomotor ini dianggap statik tetapi sebenarnya kita boleh membuat pelbagai jenis gaya mengikut kreativiti masing-masing. Kami diarahkan untuk mendemonstrasikan pergerakan lokomotor dan bukan lokomotor mengikut kreativiti masing-masing. Dalam pergerakan, ia melibatkan stretching, flexible dan extended. En. Shuradi kemudiannya telah mengarahkan kami seorang demi seorang untuk membuat pergerakan tersebut.

Minggu 3
27 September 2011 (Selasa)
            Pada minggu ketiga ini, kami diberi penerangan mengenai kecerdasan Howard Gardner yang mana dalam kajian Gradner tersebut, ia berjaya membuktikan terdapat pelbagai kecergasan lain yang patut diambil kira dalam memahami kecerdasan seseorang. Di samping itu, kami juga diajar tentang pergerakan yang mana ia terbahagi kepada dua iaitu pergerakan Lokomotor dan Bukan Lokomotor (Non Lokomotor). Lokomotor ialah pergerakan yang menyebabkan keseluruhan tubuh badan berubah kedudukan seperti berjalan atau berlari disebut bergerak dan beredar. Sementara pergerakan Non Lokomotor ialah pergerakan yang menyebabkan keseluruhan tubuh badan masih kekal ditempat iaitu tiada perubahan.
Pergerakan Lokomotif Kreatif menyerapkan empat aspek pergerakan iaitu ruang, masa, beban dan aliran. Selepas Encik Eddy menerangkan kepada kami tentang kedua-dua pergerakan tersebut, kami dikehendaki mengaplikasikan pelajaran dan pembelajaran tersebut di dalam kelas. Sebagai contoh, bagi aspek ruang, kami dikehendaki membuat pergerakan melibatkan aras sama ada tinggi, sederhana dan rendah, arah sama ada hadapan, belakang, sisi, atas dan bawah, aliran sama ada lurus, berliku-liku, zig-zag dan bulatan serta ekstensi iaitu sama ada mengecil dan membesar. Encik Eddy juga telah memilih beberapa orang pelajar untuk mengaplikasikan pergerakan tersebut di hadapan pelajar lain. Selain itu, Encik Eddy memberi penerangan mengenai Laban Movement Analysis yang mana Laban Movement Analysis ini dapat menerapkan empat aspek iaitu Action of Body, Qualities of Movement, Space Environment dan Relationship. Hal ini secara tidak langsung dapat mengukuhkan lagi kefahaman kami mengenai apa itu yang dimaksudkan dengan pergerakan kreatif teater. Ia bukanlah hanya suatu pergerakan yang tidak bermakna. Terdapat banyak pergerakkan yang telah dicipta oleh tokoh- tokoh pergerakan ini.

Minggu 4
04 Oktober 2011
            Bermulanya kelas pada hari ini En. Eddy telah memainkan muzik dan kami telah diminta bergerak secara bebas mengikut kreativiti masing-masing mengikut alunan muzik. Sebelum ini, kami membuat latihan tanpa iringan muzik, namun pada hari ini Encik Shuhardi membuat kelainan dengan memasang muzik dan menyebabkan kami berasa semangat untuk melakukan latihan. Mula-mula kami melakukan latihan mengikut gaya bebas, kemudiannya kami mengikut arahan Encik Shuhardi seperti menggambarkan diri kami dan membuat pergerakan seperti seekor rama-rama, seorang bayi yang berada dalam kandungan ibu, seekor monyet, ular dan juga kumbang. Seterusnya, En. Eddy telah menutup lampu dan suasana menjadi gelap gelita.Ini adalah bertujuan untuk mengakis rasa malu kami ketika ingin melakukan pergerakkan kerana ketika dalam keadaan cerah kami masih segan untuk melakukan pergerakan kerana dapat dilihat oleh orang lain di sekeliling. Kami diberi arahan untuk membuat pergerakan dalam keadaan gelap seperti melakukan latihan mengikut rentak muzik. Jika muzik rancak, maka kami harus bergerak dengan rancak dan jika muzik perlahan, kami bergerak secara perlahan tanpa berhenti. Kami melakukan pergerakan dengan pelbagai gaya dan kadang-kadang kami kehilangan idea untuk menyambung pergerakan mengikut rentak muzik. Hal ini kerana kami cuba untuk mencipta pergerakan baru dan bukannya mengikut rentak muzik tersebut.
Kemudian lampu kembali dipasang. Seterusnya Encik Shuhardi menyuruh kami berimaginasi sebagai sebatang pokok yang ditiup angin, dipatuk burung, ditebang oleh manusia dan sebagai pokok yang berlari. Ia memberi satu kepuasan kepada kami kerana dapat mengekspresskan diri. Seterusnya kami berimaginasi sebagai tumbuhan yang menjalar dan kemudian mencari sumber cahaya. Kemudian lampu ditutup kembali. Kami berimaginasi seperti berada di sungai dan merasai air mengalir ke seluruh badan. Kami dapat merasai ketenangan pada ketika itu. Kemudian Encik Shuhardi membuka lampu dan hal ini telah menyebabkan kami kehilangan fokus. Rumusan yang kami dapat pada hari ini ialah betapa pentingnya fokus dan imaginasi.
            Kami kemudiannya telah diberikan tugasan secara berkumpulan untuk mencipta sendiri pergerakan dengan memasukkan pergerakan lokomotif, bukan lokomotif dan Laban Movement Analysis. Kami telah dibahagikan kepada empat kumpulan. Encik Shuhardi telah memberikan komen di akhir persembahan setiap kumpulan bagi penambahbaikan. Kesimpulan yang dapat kami buat pada akhir persembahan ialah kami masih lagi tidak membuka ruang dengan sepenuhnya dan kami perlu mencipta pergerakan yang lebih kreatif. Tugasan seterusnya yang diberikan oleh tenaga pengajar ialah kami dikehendaki mencipta pergerakan atau koreografi yang tersendiri.

Minggu 5
11 Oktober 2011 (Selasa)
            Pada hari ini, Encik Shuhardi memberi penerangan mengenai tugasan yang perlu kami lakukan selepas cuti pertengahan semester nanti. Kami harus memilih satu tema dan mencipta pergerakan berdasarkan tema yang dipilih. Masa yang diperuntukkan ialah selama lima belas minit. Kami dibahagikan kepada dua kumpulan besar yang dipih secara rawak oleh kami sendiri. Projek ini merupakan projek berkumpulan dan kami sendiri harus mencipta pergerakan tersebut mengikut kreativiti maasing-masing.
 Encik Eddy tidak ketinggalan untuk membimbing dan memberi tunjuk ajar kepada kami supaya persembahan yang bakal dipersembahkan kelak berjaya menarik perhatian penonton. Selain projek ini, Encik Eddy memberitahu tugasan atau projek lain dan salah satunya ialah  projek akhir yang mana Encik Eddy sendiri akan menjadi koreografer. Selain itu, besar kemungkinan kami dikehendaki mempersembahkan gerakan kreatif kami di muzium berdasarkan tema yang diberi selain dikehendaki membuat persembahan di Pintu Timur.
            Selepas Encik Eddy memberi penerangan mengenai tugasan-tugasan atau projek yang harus kami lakukan untuk semester ini, Encik Eddy menunjukkan pula kepada kami beberapa video pergerakan kreatif. Barulah kami faham apa itu pergerakan kreatif. Kami harus lebih kreatif untuk membuka ruang badan dan menggunakan ruang pentas dengan lebih kreatif. Masalah yang membelenggu diri kami ialah kami tidak tahu atau pandai untuk membuka ruang badan dan mencipta pergerakan kreatif. Kemudian, kami melakukan warming up mengikut video yang mana ia melibatkan pergerakan kreatif.
Selepas itu, kami dikehendaki untuk mencari pasangan dan melakukan aktiviti bersama pasangan. Salah seorang daripada pasangan tersebut dikehendaki memberi arahan kepada pasangannya untuk mengikut setiap pergerakan yang dilakukan. Ia adalah merupakan suatu yang amat menarik untuk dilakukan.

Minggu 6
18 Oktober 2011 (Selasa)
            Pada hari ini Encik Eddy mengajar kami tentang pergerakan indah. Kami membuat satu bulatan besar dan Encik Eddy memanggil salah seorang pelajar untuk berada di tengah-tengah bulatan tersebut, kemudian menyuruh pelajar tersebut melakukan satu pergerakan kreatif. Pelajar tersebut, Aini melakukan satu gerakan melibatkan anggota kepala (punca gerakan). Kemudian, Encik Eddy memanggil pelajar lain iaitu Aim untuk mencipta satu gerakan lain tetapi gerakan tersebut mestilah mempunyai kesinambungan daripada gerakan yang pertama. Lima orang pelajar telah dipilih oleh Encik Eddy untuk mencipta satu pergerakan kreatif dan kelima-lima pelajar tersebut melakukan gerakan yang berlainan tetapi masih mempunyai kesinambungan antara satu sama lain.
Kemudian, kelima-lima pelajar tersebut menggabungkan pergerakan mereka sehinggalah menjadi satu pergerakan kreatif. Encik Eddy memanggil lima orang pelajar lain dan mengarahkan mereka melakukan aktiviti seperti kumpulan sebelumnya itu iaitu dengan mencipta lima jenis pergerakan yang berlainan dan menggabungkan kelima-lima pergerakan tersebut menjadi satu pergerakan kreatif. Kemudiannya, Encik Eddy melakukan penambahbaikan terhadap pergerakan tersebut untuk kelihatan lebih kreatif. Pelajar lain juga turut sama mengikut pergerakan yang dibuat oleh pelajar berlima tersebut. Kini kami dapat memahami apa sebenarnya yang dimaksudkan dengan pergerakan kreatif. Selepas itu, Encik Eddy memberi kami masa untuk berlatih bersama kumpulan untuk persembahan yang bakal kami pertontonkan kelak. Semasa perbincangan bersama kumpulan, salah seorang daripada ahli kumpulan kami menerangkan flow perjalanan cerita dan masa (timing) untuk setiap rangka kerja (frame work). Selepas itu, kami berlatih bersama-sama dan Encik Eddy yang juga ada memberi tunjuk ajar, bimbingan dan idea berhubung dengan persembahan tersebut. 

Minggu 7
25 Oktober 2011 (Selasa)
            Mingu ini telah masuk minggu ketujuh sesi pelajaran dan pembelajaran kami bersamaa dengan Encik Eddy. Kami telah diberi tugasan berkumpulan iaitu mencipta sendiri koreografi berdasarkan jalan cerita yang telah direka bersama-sama ahli kumpulan. Kumpulan saya telah memilih tajuk “Healing” iaitu penyembuhan sebagai tema kumpulan. Berdasarkan tema tersebut, kami dikehendaki untuk mencipta sendiri pergerakan kreatif. Oleh kerana pada hari ini adalah cuti umum, jadi kumpulan kami telah mengambil keputusan untuk belatih bersama-sama mencipta dan seterusnya menggabungkan sedikit demi sedikit pergerakan yang telah dicipta. Kami membuat rujukan di internet iaitu di youtube tentang pergerakan yang melibatkan pergerakan kreatif.
Selain itu juga, tenaga pengajar kami iaitu Encik Eddy membimbing dan memberi tunjuk ajar kepada kami supaya pergerakan akan lebih nampak menarik dan kreatif. Kumpulan kami telah melakukan banyak penambahbaikan dengan bantuan yang diberikan oleh En. Eddy dan ini lebih memberikan keyakinan dalam diri kami dan tidak sabar untuk membuat persembahan tersebut apabila tiba waktunya.

Minggu berikutny which is 8,9, 10 and so on bukan xde kls yea... tp akan d msukkan dalam next2 post...so if you really want to know what is going on.. keep following me okay hehe..
And so also kami juga turut d beri tugasan lain secara berkumpulan yang akan sye ceritakan dlm post seterusnya okay... jgan rsau,mlm nie jgk sye post...hehehe.

Here's some picture during our class lesson and otw to class...hehehe
Hope you guys enjoy watching it
  
Sayonara~


Jamuan semasa praktis kat B. E. Lerning

Kelas kat Blik Seni Lakon



Laily, Azie, Aim n Lynn
Praktis kat Bitara
Tengah tunggu ahli group yang lain
Otw to class




December 18, 2011

PISCES YANG SENSITIF

Kelahiran pada tanggal 19 march make me as a Piscean...
If before this i post about Piscean Male, Now let see what is about Piscean Female that make me like this....hahaha.

Ciri Positif
Orang yang lahir pada tarikh antara 19 Febuari hingga 20 Mac dikatakan bernaung di bawah zodiak Pisces, yang berlambang ikan. Anda mengutamakan cinta sejagat, bersifat manja, sentiasa mencari ilham, memperlihatkan kepercayaan, ada persefahaman, berjiwa puitis, gemarkan muzik, beragama, bersifat setia, mampu melayan diri, mengutamakan kerohanian, dan tidak mudah mengaku kalah.
Ciri Negatif
Walau bagaimanapun, ada kalanya anda berasa keliru, bersalah, mudah mengaku kalah – diri, kecewa, bimbang, risau, terlibat dalam penipuan, ketagihan, dan mudah menurut kemahuan hati.
Kualiti Astrologi
Anda termasuk dalam kategori berubah-ubah, iaitu mudah mengalami daya perubahan, daya penyesuaian dan daya keseimbangan. Dengan kategori berubah-ubah ini, anda adalah kreatif walaupun tidak selalu praktikal. Lambang-lambang yang termasuk dalam kategori berubah-ubah selain anda ialah GEMINI, VIRGO dan SAGITTARIUS.
LambangIkan
Kunci KataCinta Sejagat
KekuatanPenerimaan dan Persefahaman
Perlu PerbaikiPenumpuan
Cepat Mesra DenganCancer
Perlu Belajar DaripadaVirgo
Untuk Keselamatan Berpaling KepadaGemini
Kerjaya Boleh Dipergaruhi OlehSagittarius
Perkara Kerohanian Mudah Dibantu OlehAquarius dan/atau Scorpio
Warna KesukaanAkuamarin dan/atau Hijau-Biru
Warna Yang Membuahkan Cinta, Asmara Dan HarmoniBatu Tanah; Kuning;Oren-Kuning
Warna Yang Menampilkan Kehebatan DiriMerah; Ungu
Batu PermataPermata Putih
LogamBijih Timah
Bau-bauanTeratai
Hari TerbaikKhamis


PISCES : GELAGAT PERHUBUNGAN
Dalam pergaulan, cita rasa Pisces mudah berubah – ubah. Ini mungkin membingungkan orang sekitarnya. Pisces seorang sensitif ! Tersinggung sedikit cepat menanggis. Anda mudah cemburu tetapi anda hangat dan romantik. Anda akan berusaha menyenangkan kawan atau kekasih. Pisces suka pada pujian dan mengharapkan ungkapan cinta daripada kekasih. Justeru itu, seseorang yang berkeperibadian kuat adalah pendamping yang tepat untuk anda.
TAURUS ( 21 April – 20 Mei) yang pendiam tetapi mantap, sesuai untuk Pisces. Sikap Taurus yang dewasa, bersikap melindungi , akan mententeramkan hati Pisces yang sensitif ini. CANCER ( 21 Jun – 20 Julai ) yang matang dan gemar melindungi, juga diidamkan Pisces.Pasangan Cancer dan Pisces akan senada seirama lantaran kedua – duanya sama – sama berpandangan kolot.
Sebaliknya, ARIES ( 21 Mac – 20 April ) bukan teman yang tepat untuk Pisces. Lagak cakap Aries yang terlalu becok menyukarkan anda yang sensitif. Aries juga banyak meminta – minta buat anda. GEMINI ( 21 Mei – 20 Jun ) juga bukan ideal anda. Sifatnya yang pembosan dan kerap berubah – ubah boleh menyebabkan anda tersinggung.
PISCES : PERHUBUNGAN SEKS
Pisces adalah pemimpi dan hidup dalam dunia fantasi. Anda adalah lambang asmara dan menyenangi makan malam di bawah sinaran lilin dan muzik rentak perlahan. Walaupun Pisces romantik, atau begitu menyintai pasangan anda, namun anda tidak berupaya mengungkap perasaan itu kepada si dia. Tetapi, jangan bimbang, memang itu perangai anda!

PISCES : KERJAYA DAN KEWANGAN




Kelahiran Pisces gemar menyahut cabaran dan suka dihargai. Kerjaya yang banyak cabaran juga bermaksud anda perlu banyak belajar, merantau , dan menimba pengalaman di mana – mana. Sikap penyayang menjadikan kerjaya kelahiran Pisces sebagai doktor, jururawat atau guru.Walaupun kerjaya anda memang menjamin pendapatan yang cukup lumayan tetapi wang bukanlah segala – galanya. Pisces cenderung menjadi pemurah jika mempunyai lebihan wang untuk diri dan keluarga.
PISCES : KELUARGA DAN RUMAH TANGGA
Dalam kehidupan keluarga dan rumah tangga kelahiran Pisces ini perlu melakukan lebih banyak komunikasi lisan. Anda tidak suka dikongkong, sebaliknya inginkan kebebasan. Pertukaran idea dan pendapat yang tidak emosional dan tenang, memanfaatkan orang lain. Pisces menggemari persekitaran rumah tangga yang mampu membuahkan kepentingan intelek dan minda. Pisces suka melayan jiran sebagai keluarga. Keseluruhannya, demi keharmonian diri, keluarga dan jiran, anda perlukan keseimbangan antara layanan emosi dan layanan intelektual, atau antara keluarga dengan jiran.
* Tidak semua yang dinyatakan adAlah benar tentang Pisces... Persekitaran boleh merubah seseorang walau zodiak apa sekalipun seseorang itu. Seperti yag dikatakan Pisces tidak sefahaman dengan Gemini tenyata tidak betul bagi diri saya kerana BFF sye Gemini...hehehe.. So, read it.. Take all or take some. Okay!
The Green Word means, its me... I am like that.
LOVE TO BE PISCES...
LOVE THE WAY IT...



An Aries Male

An Aries Man About:



An Aries man is full of surprises and excitement and hates monotony and dullness in life. Romance with him will be like a roller coaster ride, where you will not get even a single moment to think and brood. However, it's better not to expect him to understand that you need some security every now and then. Consistency is something that does not gel well with his characteristics profile. The love of an Aries male will warm you with passion one minute and the very next minute, you may feel as if you are sitting in the North Pole.


Don't ever be rude to him, he will be very hurt and will turn into the coldest person on this earth. You will have to start from the scratch again, to get back the comfort level you once shared. He is highly energetic and always full of creative ideas. You will have to keep up with his energy levels. This is bound to make you tired in the process, at least mentally. An Aries guy will always remain young at heart, even when he gets 90 years old. Slow moves make him impatient. He is one of those who always move ahead of others, boldly and confidently.

He is generous in the matters of time and money. Full of compassion, he always tries to cheer the people around him. However, just like a baby, he can get very irritated, inconsiderate and difficult when his needs are not met or get delayed for too long. Negativity annoys him. When an Aries male falls in love, he becomes extremely dedicated towards it. If the commitment fails to develop into a successful relationship, he will try his best to salvage it and make it work again. Still, if it breaks up, he will brood over it for sometime.

Then, the sun will again shine for him and he will fall in love again, with the same fierce devotion and loyalty. An Aries man believes in true love and will constantly be in search of it, though it may require mending his heart numerous times in the process. He will be very passionate in love and you will never get a chance to complain about the lack of romance. Right from poetry to candlelight dinners, you will be treated to anything and everything. He is not the one to hold back anything, especially in love.

It is advisable that you don't hold back your emotions too. An Aries guy is very expressive and will expect the same from you. Remember to show that you love him and care for him. You must also learn to behave like the heroine in novels and storybooks. When in love, he is very faithful and way too honest and idealistic to fool you. He was not born to indulge in things like promiscuity or even harmless flirtations. However, if you are not able to cope up with his constant need for enthusiasm and romance, he may try to look somewhere else.

An Aries man will never start another affair behind your back. He is one of those who first end old relationships and then move on to the next one. Even before something like this happens, he will let you know that things are not going as smooth as they were. He will try to make things work. Still, if situations don’t improve or you do not do anything to improve them, he will decide to move on. The key to lasting love is always in your hands. Keep the romance alive and he will never even look at the hottest babe in the block.

If you are trying to get an Aries male interested in you, play hard to get. He loves challenges and will soon be running after you. Don't make the first move or you will lose him forever. He likes to lead in case of love also. However, do not try the jealousy invoking tricks shown in the movies. Forget actual flirting, even a teasing look at another man will make him go thousand miles away from you. He is extremely possessive and exceedingly jealous. An Aries man will want to be your first consideration and cannot tolerate being sidelined for anyone else. He wants you to trust him blindly, but he won't do the same for you.

He wants his freedom and doesn't like being tied down. That's the way he is, love him or hate him. He is extremely loyal, caring, loving, kind and affectionate. There are some Aries men who appear to be very quiet, but inside, they are as lively and full of beans as any other male of this zodiac. Just give them some time and they will soon be their usual Aries self. Aries man is rebellious at heart and loves to go against the conventions. He needs to learn virtues like humility and modesty.

The learning process may hurt him and then, he would rush to you to be reassured. Remember to build his bruised ego once again or he will be very hurt. If you want to be with him forever, learn to manage his damaged confidence and show total belief in him. Never ever take the side of someone who is against him, even when he is wrong. You have to love what he loves and hate what he hates. For an Aries man, this is what true love and devotion means. He will give all this to you and expect the same in return.

If he is angry with you, there is no reason to worry for any damage to your relationship. It is his passivity you need to be afraid of. His anger may result in some very harsh and rude words, but it won't last long. He will usually be the first one to say sorry after a fight and will expect you to forgive and forget. You should know that he never meant what he said in anger. An Aries man will always be there for you, to take care of you. However, he will never curb your freedom. He is the one who would dominate the house and won't tolerate constant nagging. But then, he is the guy who will romance with you even on your 75th anniversary!

So say that we're lucky if we have an aries male/female as our partner...
but no matter it is... Be yourself, not being someone else for them..
bye for now..

~sayonara