December 20, 2011

Pergerakan Kreatif Teater

As'salam and Good Evening Sumer Reader (mcm la ad yang nk bce blog aku nie) hahaha...

Dengan terteranya tajuk diatas "pergerakan kreatif teater" nak d jdikan crita mcm ner sye leh add sbjek elektif ini adalh kerana roomte2 sye iaitu http://azie0706.blogspot.comhttp://aim2101.blogspot.com/ n http://meklinpunyablog.blogspot.com/... Inie adalah blog2 dieorang okay... promote lah sket, spe lgi nk tikam kwan, lau x kwan kan...hahaha.. Dieorang ini telah mengadd subjek nie... N then dieorng pun bukan men la promote kat sye yg sbjek nie sgt best. 

Kebetulan d masa itu, sye memerlukan satu lgi subjek untuk d add... Arhhh,peluang yang sangat baik la. Diorng pun kta lecturernya okay... So thats make me also okay to add it. Lgipun, sye mmng mnat berkaitan dengan seni nie x ksah la lakonan, tarian or pe2 seni la.

Walaubagaimanapun, selepas sehari menjalani kuliah di dalam kls tersebut.... I think there's fun in the class. So that make me happy about the subject. Dalam kls tersebut mcm2 sye blaja. And d bwah ini ada disertakan a few weekly review tentang pembelajaran sye dlam kls tersebut.

Minggu 2
20 September 2011 (Selasa)
            Ini adalah merupakan minggu kedua kami dalam kelas ini. Pertama, kami telah diberikan pendedahan tentang apa yang dimaksudkan dengan kursus ini sendiri, pergerakan kreatif teater. Pergerakan kreatif teater sebenarnya banyak melibatkan pergerakan dan terdapat juga lakonan di dalamnya. Tetapi pergerakan kreatif teater adalah lebih kepada pergerakan. Pada hari ini, Encik Shuradi memberi penerangan mengenai definisi tarian dan kaitan dengan pergerakan oleh tubuh badan. Sebenarnya perkataan dance atau tarian berasal daripada perkataan Jerman Kuno iaitu danso. Tarian ini melibatkan pergerakan tubuh badan yang mana otot badan kita boleh menegang dan mengendur.
Melalui pergerakan juga ia sebenarnya menunjukkan simbol-simbol tertentu. Kemudian kami diarahkan untuk membuat pergerakan dengan cara peniruan seperti membuat gaya orang tua, kanak-kanak yang baru mendapat gula-gula dan juga orang kurang upaya. Di sinilah perlunya sikap kreatif seseorang individu untuk mengekspresikan gaya-gaya tersebut. Selepas itu, kami diberi penerangan mengenai definisi pergerakan lokomotor iaitu pergerakan bebas manakala pergerakan bukan lokomotor pula ialah satu pergerakan statik yang mana ia melibatkan penggunaan ruang dalam badan sahaja. Walaupun pergerakan bukan lokomotor ini dianggap statik tetapi sebenarnya kita boleh membuat pelbagai jenis gaya mengikut kreativiti masing-masing. Kami diarahkan untuk mendemonstrasikan pergerakan lokomotor dan bukan lokomotor mengikut kreativiti masing-masing. Dalam pergerakan, ia melibatkan stretching, flexible dan extended. En. Shuradi kemudiannya telah mengarahkan kami seorang demi seorang untuk membuat pergerakan tersebut.

Minggu 3
27 September 2011 (Selasa)
            Pada minggu ketiga ini, kami diberi penerangan mengenai kecerdasan Howard Gardner yang mana dalam kajian Gradner tersebut, ia berjaya membuktikan terdapat pelbagai kecergasan lain yang patut diambil kira dalam memahami kecerdasan seseorang. Di samping itu, kami juga diajar tentang pergerakan yang mana ia terbahagi kepada dua iaitu pergerakan Lokomotor dan Bukan Lokomotor (Non Lokomotor). Lokomotor ialah pergerakan yang menyebabkan keseluruhan tubuh badan berubah kedudukan seperti berjalan atau berlari disebut bergerak dan beredar. Sementara pergerakan Non Lokomotor ialah pergerakan yang menyebabkan keseluruhan tubuh badan masih kekal ditempat iaitu tiada perubahan.
Pergerakan Lokomotif Kreatif menyerapkan empat aspek pergerakan iaitu ruang, masa, beban dan aliran. Selepas Encik Eddy menerangkan kepada kami tentang kedua-dua pergerakan tersebut, kami dikehendaki mengaplikasikan pelajaran dan pembelajaran tersebut di dalam kelas. Sebagai contoh, bagi aspek ruang, kami dikehendaki membuat pergerakan melibatkan aras sama ada tinggi, sederhana dan rendah, arah sama ada hadapan, belakang, sisi, atas dan bawah, aliran sama ada lurus, berliku-liku, zig-zag dan bulatan serta ekstensi iaitu sama ada mengecil dan membesar. Encik Eddy juga telah memilih beberapa orang pelajar untuk mengaplikasikan pergerakan tersebut di hadapan pelajar lain. Selain itu, Encik Eddy memberi penerangan mengenai Laban Movement Analysis yang mana Laban Movement Analysis ini dapat menerapkan empat aspek iaitu Action of Body, Qualities of Movement, Space Environment dan Relationship. Hal ini secara tidak langsung dapat mengukuhkan lagi kefahaman kami mengenai apa itu yang dimaksudkan dengan pergerakan kreatif teater. Ia bukanlah hanya suatu pergerakan yang tidak bermakna. Terdapat banyak pergerakkan yang telah dicipta oleh tokoh- tokoh pergerakan ini.

Minggu 4
04 Oktober 2011
            Bermulanya kelas pada hari ini En. Eddy telah memainkan muzik dan kami telah diminta bergerak secara bebas mengikut kreativiti masing-masing mengikut alunan muzik. Sebelum ini, kami membuat latihan tanpa iringan muzik, namun pada hari ini Encik Shuhardi membuat kelainan dengan memasang muzik dan menyebabkan kami berasa semangat untuk melakukan latihan. Mula-mula kami melakukan latihan mengikut gaya bebas, kemudiannya kami mengikut arahan Encik Shuhardi seperti menggambarkan diri kami dan membuat pergerakan seperti seekor rama-rama, seorang bayi yang berada dalam kandungan ibu, seekor monyet, ular dan juga kumbang. Seterusnya, En. Eddy telah menutup lampu dan suasana menjadi gelap gelita.Ini adalah bertujuan untuk mengakis rasa malu kami ketika ingin melakukan pergerakkan kerana ketika dalam keadaan cerah kami masih segan untuk melakukan pergerakan kerana dapat dilihat oleh orang lain di sekeliling. Kami diberi arahan untuk membuat pergerakan dalam keadaan gelap seperti melakukan latihan mengikut rentak muzik. Jika muzik rancak, maka kami harus bergerak dengan rancak dan jika muzik perlahan, kami bergerak secara perlahan tanpa berhenti. Kami melakukan pergerakan dengan pelbagai gaya dan kadang-kadang kami kehilangan idea untuk menyambung pergerakan mengikut rentak muzik. Hal ini kerana kami cuba untuk mencipta pergerakan baru dan bukannya mengikut rentak muzik tersebut.
Kemudian lampu kembali dipasang. Seterusnya Encik Shuhardi menyuruh kami berimaginasi sebagai sebatang pokok yang ditiup angin, dipatuk burung, ditebang oleh manusia dan sebagai pokok yang berlari. Ia memberi satu kepuasan kepada kami kerana dapat mengekspresskan diri. Seterusnya kami berimaginasi sebagai tumbuhan yang menjalar dan kemudian mencari sumber cahaya. Kemudian lampu ditutup kembali. Kami berimaginasi seperti berada di sungai dan merasai air mengalir ke seluruh badan. Kami dapat merasai ketenangan pada ketika itu. Kemudian Encik Shuhardi membuka lampu dan hal ini telah menyebabkan kami kehilangan fokus. Rumusan yang kami dapat pada hari ini ialah betapa pentingnya fokus dan imaginasi.
            Kami kemudiannya telah diberikan tugasan secara berkumpulan untuk mencipta sendiri pergerakan dengan memasukkan pergerakan lokomotif, bukan lokomotif dan Laban Movement Analysis. Kami telah dibahagikan kepada empat kumpulan. Encik Shuhardi telah memberikan komen di akhir persembahan setiap kumpulan bagi penambahbaikan. Kesimpulan yang dapat kami buat pada akhir persembahan ialah kami masih lagi tidak membuka ruang dengan sepenuhnya dan kami perlu mencipta pergerakan yang lebih kreatif. Tugasan seterusnya yang diberikan oleh tenaga pengajar ialah kami dikehendaki mencipta pergerakan atau koreografi yang tersendiri.

Minggu 5
11 Oktober 2011 (Selasa)
            Pada hari ini, Encik Shuhardi memberi penerangan mengenai tugasan yang perlu kami lakukan selepas cuti pertengahan semester nanti. Kami harus memilih satu tema dan mencipta pergerakan berdasarkan tema yang dipilih. Masa yang diperuntukkan ialah selama lima belas minit. Kami dibahagikan kepada dua kumpulan besar yang dipih secara rawak oleh kami sendiri. Projek ini merupakan projek berkumpulan dan kami sendiri harus mencipta pergerakan tersebut mengikut kreativiti maasing-masing.
 Encik Eddy tidak ketinggalan untuk membimbing dan memberi tunjuk ajar kepada kami supaya persembahan yang bakal dipersembahkan kelak berjaya menarik perhatian penonton. Selain projek ini, Encik Eddy memberitahu tugasan atau projek lain dan salah satunya ialah  projek akhir yang mana Encik Eddy sendiri akan menjadi koreografer. Selain itu, besar kemungkinan kami dikehendaki mempersembahkan gerakan kreatif kami di muzium berdasarkan tema yang diberi selain dikehendaki membuat persembahan di Pintu Timur.
            Selepas Encik Eddy memberi penerangan mengenai tugasan-tugasan atau projek yang harus kami lakukan untuk semester ini, Encik Eddy menunjukkan pula kepada kami beberapa video pergerakan kreatif. Barulah kami faham apa itu pergerakan kreatif. Kami harus lebih kreatif untuk membuka ruang badan dan menggunakan ruang pentas dengan lebih kreatif. Masalah yang membelenggu diri kami ialah kami tidak tahu atau pandai untuk membuka ruang badan dan mencipta pergerakan kreatif. Kemudian, kami melakukan warming up mengikut video yang mana ia melibatkan pergerakan kreatif.
Selepas itu, kami dikehendaki untuk mencari pasangan dan melakukan aktiviti bersama pasangan. Salah seorang daripada pasangan tersebut dikehendaki memberi arahan kepada pasangannya untuk mengikut setiap pergerakan yang dilakukan. Ia adalah merupakan suatu yang amat menarik untuk dilakukan.

Minggu 6
18 Oktober 2011 (Selasa)
            Pada hari ini Encik Eddy mengajar kami tentang pergerakan indah. Kami membuat satu bulatan besar dan Encik Eddy memanggil salah seorang pelajar untuk berada di tengah-tengah bulatan tersebut, kemudian menyuruh pelajar tersebut melakukan satu pergerakan kreatif. Pelajar tersebut, Aini melakukan satu gerakan melibatkan anggota kepala (punca gerakan). Kemudian, Encik Eddy memanggil pelajar lain iaitu Aim untuk mencipta satu gerakan lain tetapi gerakan tersebut mestilah mempunyai kesinambungan daripada gerakan yang pertama. Lima orang pelajar telah dipilih oleh Encik Eddy untuk mencipta satu pergerakan kreatif dan kelima-lima pelajar tersebut melakukan gerakan yang berlainan tetapi masih mempunyai kesinambungan antara satu sama lain.
Kemudian, kelima-lima pelajar tersebut menggabungkan pergerakan mereka sehinggalah menjadi satu pergerakan kreatif. Encik Eddy memanggil lima orang pelajar lain dan mengarahkan mereka melakukan aktiviti seperti kumpulan sebelumnya itu iaitu dengan mencipta lima jenis pergerakan yang berlainan dan menggabungkan kelima-lima pergerakan tersebut menjadi satu pergerakan kreatif. Kemudiannya, Encik Eddy melakukan penambahbaikan terhadap pergerakan tersebut untuk kelihatan lebih kreatif. Pelajar lain juga turut sama mengikut pergerakan yang dibuat oleh pelajar berlima tersebut. Kini kami dapat memahami apa sebenarnya yang dimaksudkan dengan pergerakan kreatif. Selepas itu, Encik Eddy memberi kami masa untuk berlatih bersama kumpulan untuk persembahan yang bakal kami pertontonkan kelak. Semasa perbincangan bersama kumpulan, salah seorang daripada ahli kumpulan kami menerangkan flow perjalanan cerita dan masa (timing) untuk setiap rangka kerja (frame work). Selepas itu, kami berlatih bersama-sama dan Encik Eddy yang juga ada memberi tunjuk ajar, bimbingan dan idea berhubung dengan persembahan tersebut. 

Minggu 7
25 Oktober 2011 (Selasa)
            Mingu ini telah masuk minggu ketujuh sesi pelajaran dan pembelajaran kami bersamaa dengan Encik Eddy. Kami telah diberi tugasan berkumpulan iaitu mencipta sendiri koreografi berdasarkan jalan cerita yang telah direka bersama-sama ahli kumpulan. Kumpulan saya telah memilih tajuk “Healing” iaitu penyembuhan sebagai tema kumpulan. Berdasarkan tema tersebut, kami dikehendaki untuk mencipta sendiri pergerakan kreatif. Oleh kerana pada hari ini adalah cuti umum, jadi kumpulan kami telah mengambil keputusan untuk belatih bersama-sama mencipta dan seterusnya menggabungkan sedikit demi sedikit pergerakan yang telah dicipta. Kami membuat rujukan di internet iaitu di youtube tentang pergerakan yang melibatkan pergerakan kreatif.
Selain itu juga, tenaga pengajar kami iaitu Encik Eddy membimbing dan memberi tunjuk ajar kepada kami supaya pergerakan akan lebih nampak menarik dan kreatif. Kumpulan kami telah melakukan banyak penambahbaikan dengan bantuan yang diberikan oleh En. Eddy dan ini lebih memberikan keyakinan dalam diri kami dan tidak sabar untuk membuat persembahan tersebut apabila tiba waktunya.

Minggu berikutny which is 8,9, 10 and so on bukan xde kls yea... tp akan d msukkan dalam next2 post...so if you really want to know what is going on.. keep following me okay hehe..
And so also kami juga turut d beri tugasan lain secara berkumpulan yang akan sye ceritakan dlm post seterusnya okay... jgan rsau,mlm nie jgk sye post...hehehe.

Here's some picture during our class lesson and otw to class...hehehe
Hope you guys enjoy watching it
  
Sayonara~


Jamuan semasa praktis kat B. E. Lerning

Kelas kat Blik Seni Lakon



Laily, Azie, Aim n Lynn
Praktis kat Bitara
Tengah tunggu ahli group yang lain
Otw to class




No comments:

Post a Comment