June 13, 2012

Aku Nak Jadi Bintang

Subjek Seni Lakon Awalan mempunyai pemberatan 30% untuk Journal Apresiasi Lakon/ Blog, Penilaian Berterusan Praktik Lakon : 30% dan 40% bagi Penilaian Akhir. Pada minggu ketiga kuliah, kami telah diberikan skrip yang akan kami persembahankan untuk projek akhir. Antara skrip-skrip yang telah disediakan oleh En. Eddy bersama dua lagi instruktur kami iaitu Abg Wan dan Kak Amy ialah Kampong Chetek : Monolog yaang akan dibawa oleh Siti Nor Ain, Laut Lebih Indah Dari Bulan : Monolog oleh Mastura, Mat Derih Kuala Perlih/Bachok juga Monolog oleh Mohd Sukri dan Mohd Fakrul Faiz dan sebuah drama iaitu 3 Dara Terbang Ke Bulan yang akan dibawa oleh Nu'Aim Borhan, Nurul Atika, Nor Haziaton dan Nor Fazlin. Saya pula telah diberikan skrip monolog Aku Nak Jadi Bintang yang akan diarahkan oleh Amizah bt Abdul Momen (Kak Amy). Bergitu juga dengan Faiz dan Kuyie yang akan diarahkan Oleh Wan Mohd Hafizuddin Wan Hassan (Abg Wan).


Aku Nak Jadi Bintang hasil karya Nam Ron. Ia mengisahkan tentang kisah seorang gadis desa yang mempunyai impian yang besar untuk menjadi seorang bintang iaitu seorang artis yang hidup dalam keadaan serba mewah dan glamour. Walaubagaimanapun perkenalannya dengan Alex telah menjadikannya ‘bintang’ yang lain. Selepas Alex, dia mula mengenali segala macam lelaki yang berjanji untuk menjadikannya bintang. Dia melayan kesemua lelaki ini. Dan akhirnya dia diperkenalkan dengan Johan. Johan bekerja dalam dalam bidang perfileman menyebabkan dia sangat yakin yang Johan akan dapat menjadikanya bintang. Dia akur dengan segala apa yang disuruh oleh Johan. Hal ini akhirnya telah membawanya terbabit di dalam  perlakuan dan aksi yang telah membawa kepada suatu tragedi yang telah membawa maut.

Pementasan kami diadakan pada 22 & 23 Mei 2012 di Panggung Budaya UPSI. Untuk persembahan kami tidak dikenakan sebarang bayaran. Kedatangan pengunjung juga agak mengglakkan walaupun pada hari pertama penonton agak pasif sewaktu persembahan dijalankan. Kami juga turut menyediakan pameran dengan kerjasama dengan pelajar yang mengambil subjek Pengerakan Kreatif Teater. Kami telah berusaha bersungguh-sungguh meyediakan segala pameran bagi bagi memberikan kepuasan kepada para penonton juga sebagai markah tambahan kami.

Bagi persembahan saya iaitu Aku Nak Jadi Bintang dipersembahkan pada hari kedua. Disebabkan itu saya mempunyai masa untuk memperkemaskan lakonan disamping melihat debaran rakan lain yang akan beraksi. Pada hari kejadian, pada mulanya saya berasa agak gemuruh untuk tampil ke pentas. Persembahan saya adalah persembahan Seni Lakon yang ketiga. Tetapi saya cuba meyakinkan diri ini agar membuat persembahan yang terbaik untuk hiburan penonton yang hadir. Alhamdunillah setelah berada di atas pentas, saya dapat melakonkan watak tersebut dengan baik. Segala hasil kerja keras dan bimbingan dari Kak Amy berbaloi. 

Antara cebisan gambar yang dapat menjadi kenangan selepas selesai keseluruhan persembahan.


 
 



Sekian sahaja untuk kali nie....
~Sayonara~

No comments:

Post a Comment