June 14, 2012

Refleksi Seni Lakon Awalan (5)


17 Mei 2012

Pada hari ini En. Shuradi meminta semua pelajar untuk mempersiapkan diri kerana dia ingin melihat sejauh mana perkembangan semua pelajar. Semua pelajar diminta untuk mempersembahkan lakonan masing-masing dan pelajar yang lain bersama En. Eddy dan instruktur akan melihat dan memberikan penambahbaikan terhadap setiap persembahan mereka sama ada dari segi blocking, set, audio dan sebagainya.
Semua pelajar kelihatan sudah mempunyai corak lakonan dan hafalan skrip sudah selesai. Apa yang perlu diperbaiki hanya berkaitan dengan latihan yang lebih rancak lagi bagi memastikan lakonan berjalan dengan lancar tanpa sebarang masalah. En. Eddy juga memberikan teguran untuk penambahbaikan set dan blocking sesetengah pelajar agar lebih mantap di hari persembahan .
Pada hari persembahan kelak, pelajar Seni Lakon Awalan akan bergabung dengan pelajar dari Pergerakan Kreatif Teater dimana persembahan yang akan dilakukan adalah secara berselang seli untuk menjadikan ia lebih menarik untuk tontonan penonton yang hadir. Walaupun tedapat sestengah pelajar kelihatan masih lagi teragak-agak dalam ruang pentas tetapi ia masih lagi boleh diperkemaskan dan kami juga perlu berlatih untuk melontarkan suara supaya dapat didengar oleh penonton kerana persembahan kami tidak menggunakan sebarang alat untuk membantu menguatkan sistem suara.
Pada 22 dan 23 Mei dijangkakan kami akan membuat persembahan untuk penilaian akhir bagi subjek ini. Diharapkan agar semua berjalan dengan lancar dan kami dapat membuat satu persembahan yang baik setelah mendapat latihan yang berkala.

 sekian,
~sayonara~

No comments:

Post a Comment