June 13, 2012

Refleksi Seni Lakon Awalan (3)


26 Feb & 29 Mac 2012


Hari ini adalah merupakan latihan perjumpaan saya yang pertama dengan Kak Amy. Pada minggu ini kami terlebih dahulu memulakan pengarah dengan ‘script reading’. Ia adalah penting untuk memastikan pelakon memahami watak yang akan dibawa dan emosi-emosi yang perlu dirasai ketika menlontarkan dialog-diolog tersebut. Kak Amy meminta saya untuk mengenalpasti perwatakan bagi watak dalam cerita Aku Nak Jadi Bintang. Watak dalam cerita ia lebih kepada seorang perempuan yang naif, sosial, sanggup berkorban apa sahaja demi mencapai apa yang diiginkannya.
Kak Amy juga turut memberi tunjuk ajar bagaimana untuk melakukan ‘warm up’ sebelum memulakan sebarang lakonan. Ia adalah untuk memastikan keadaan stamina berada dalam kualiti optimum sepanjang masa. Stamina adalah penting dalam sesebuah lakonan kerana pertukaran emosi yang dilakukan memerlukan tenaga yang banyak. Juga terdapat beberapa senaman vokal yang pentng untuk dilakukan sebelum memulakan dialog bagi memastikan lontaran suara yang jelas dapat diberikan. Saya juga turut diminta terlebih dahulu memikirkan blocking-bloking yang sesuai untuk dibawa ketika melontarkan dialog-dialog agar dapat memberikan kemudahan kepada saya disamping dia sendiri akan memastikan kesesuaian blocking tersebut.
Sewaktu membawa watak tersebut, saya diminta untuk mengaplikasikan teknik lakonan Stanislavsky iaitu pendekatan magik iaitu mengibaratkan diri saya di tempat watak tersebut. Bagaimana reaksi yang akan saya pamerkan sekiranya saya seorang perempuan yang sosial dan seksi. Ia merupakan suatu bentuk ransangan yang kuat yang boleh membantu pelakonan menguasai watak yang ingin dibawa. Ia juga turut membantu saya untuk memberikan emosi dalam lakonan saya. Ia sememangnya banyak membantu berbanding teknik Situasi Sedia Ada kerana teknik Situasi Sedia Ada lebih kepada pengalaman yang telah dihadapi sebelum ini. Bagi watak ini, saya tidak pernah menghadapinya tetapi hanya sekadar melihat aksi-aksi di televisyen sahaja.
Disamping itu saya juga telah diminta untuk menghafal skrip yang telah diberikan bagi mengelakkan sebarang masalah ketika perjumpaan untuk menghasilkan bloking untuk dialog-dialog di dalam skrip tersebut.

Beberapa gambar sewaktu latihan:


 sekian
~sayonara~

No comments:

Post a Comment