June 13, 2012

Refleksi Seni Lakon Awalan (2)


22 Feb 2012


Pada minggu lalu, kami telah diberikan tugasan oleh pensyarah untuk membuat pemerhatian terhadap satu watak dan melaluinya kami perlu membawa watak itu kembali. Terdapat pelajar yang melakukan tugasan ini secara individu dan ada juga secara berpasangan. Terdapat pelajar yang membawa watak seorang ‘promoter’ produk kecantikan bersama seorang pelanggan, watak seorang penolong jurulatih seni mempertahankan diri dan sebagainya. Watak yang telah saya bawa ialah seorang perempuan yang berasal dari Pulau Pinang bersama seorang Datin. Watak perempuan ini ialah seorang perempuan yang becok yang cuba menyampaikan gossip berkaitan dengan suami Datin tersebut kepadanya. Tetapi malangnya pensyarah tidak menggalakkan kami meniru seperti apa yang dipertontonkan di televisyen. Pensyarah mahukan realiti bukan lakonan dari kaca televisyen.
Walaubagaimanapun pensyarah mengatakan bahawa semua pemerhatian yang telah kami lakukan adalah baik. Dan kami juga telah diberikan tugasan untuk penilaian akhir yang akan kami persembahankan di Panggung Budaya UPSI. Walaupun kami berasa sedikit gementar dengan tugasan yang akan diterima, kami tetap akan mencuba sedaya upaya kami untuk melakukan yang terbaik. Antara skrip yang kami akan perolehi adalah berbentuk monolog dan juga drama.Pensyarah bertanggungjawab memilih watak dan skrip apa yang akan kami perolehi. Ada juga diantara kami yang akan diarahkan oleh pelajar praktikal dari Universiti Malaysia Sabah (UMS) iaitu Wan Mohd Hafizuddin dan Amizah bt Abdul Momen. Bagi drama 3 Dara Terbang ke Bulan telah diberikan kepada Nu’Aim bt Borhan memegang watak Chot, Nurul Atika bt Mohd Rahi sebagai watak Pungut manakala Nor Haziaton dan Nur Fazlin akan memegang watak yang sama iaitu Miah tetapi akan membuat persembahan pada hari yang berbeza bermaksud watak Chot dan Pungut mempunyai peluang untuk membawa watak mereka pada kedua-dua hari persembahan.
Seterusnya ialah skrip Mat Derih Kola Perlih akan dibawa oleh Mohd Fakrul Faiz manakala Mat Derih Bachok akan dibawa oleh Mohd Sukri. Kedua-dua watak ini adalah cerita yang sama tetapi berlainan slanga iaitu slanga Perlis dan juga Kelantan dalam bentuk monolog. Kedua-dua pelajar ini akan diarahkan oleh Wan Mohd Hafizuddin. Bagi dua orang pelajar minor, mereka juga akan membawa skrip monolog iaitu Mastura akan membawa skrip Laut lebih Indah dari Bulan manakala Siti Nor Ain pula akan membawakan skrip Kampong Chetek. Kedua-dua pelajar ini akan diarahkan oleh En. Shuradi sendiri. Akhir sekali juga skrip monolog iaitu Aku Nak Jadi Bintang yang akan dibawa oleh saya iaitu Siti Nor adzlia yang akan diarahkan oleh Amizah bt Abdul Momen. Pada hari tersebut juga kami dikehendaki untuk berbincang dengan pengarah masing-masing untuk tujuan latihan bersama pengarah. Bagi skrip saya, latihan yang akan diadakan ialah pada setiap hari isnin dan khamis pada jam 10 pagi hingga 1 petang sehinggalah pada hari persembahan. Diharapkan agar latihan yang akan kami lakukan dapat membantu semua pelajar agar dapat membuat persembahan yang terbaik semasa hari penilaian kelak.

Sekian
~sayonara~

No comments:

Post a Comment