June 13, 2012

Refleksi Seni Lokon Awalan (1)

1, 8 & 15 Feb 2012 


Ini adalah merupakan minggu pertama dan kedua bagi subjek Seni Lakon Awalan (ATP 3013). Pada minggu ini pensyarah iaitu En. Shuradi menggunakan kedua-dua minggu ini untuk memberikan kuliah berkaitan dengan teori terlebih dahulu sebelum kami dibawa ke dalam arena sebenar subjek lakonan ini. Kami diberikan penerangan mengenai sejarah tradisi lakonan yang bermula dari upacara keagamaan pada zaman dahulu. Dari upacara inilah lahirnya lakonan apabila manusia cuba untuk berinteraksi dengan kuasa-kuasa ghaib. Seni lakon adalah berpusat kepada gaya peniruan manusia terhadap benda atau makluk di sekeliling mereka.
Dari segi lakonan teater terdapat beberapa aspek yang penting yang perlu diambil kira iaitu tubuh badan, suara, dan ruang lakon. Pelakon teater mempunyai peranan untuk menyampaikan segala emosi dan aksi kepada penonton agar dapat difahami dengan baik oleh mereka. Adalah menjadi satu masalah sekiranya pelakon tidak dapat melontarkan suara dengan baik kerana ia adalah merupakan suatu instrumen yang penting untuk menyampaikan sesuatu maklumat kepada penonton. Aspek ketiga iaitu ruang lakon. Seseorang pelakon perlu mengetahui jenis ruang lakon yang akan digunakan sewaktu persembahan kerana ia dapat membantu pelakon menggunakan kekuatan yang ada pada ruang lakon tersebut kerana setiap ruang lakon mempunyai pusat kekuatan yang berbeza.
Bagi lakonan reaslime terdapat tokoh yang terkemuka yang terkenal dengan jenis-jenis lakonan yang diperkenalkan olehnya iaitu Konstantin Stanislavsky (1863-1923). Stanislavsky mengatakan bahawa terdapat empat jenis lakonan iaitu Eksploitatif, Lampau Amatur, Mekanikal dan Representational. Stanislavsky juga mempunyai pendekatan teknik lakonan iaitu ‘Magic if’, Situasi Sediaada, Imiginasi, Konsentrasi Tumpuan, Kebenaran dan Kepercayaan, Hubungan Emosi ataupun Spiritual, Tempo dan Ritma dan Memori Recall. Kesemua teknik-teknik tersebut adalah merupaka teknik yang baik untuk digunakan bagi seorang pelakon sama ada yang baru ingin berjinak dengan lakonan ataupun profesional. Seseorang pelakon harus merasai apa yang dirasai oleh watak bukan cuba untuk berpura-pura.
Pensyarah juga turut menerangkan tentang pemberatan bagi tugasan yang perlu kami lakukan iaitu terbahagi kepada Journal Apresiasi Lakon/ Blog, Penilaian Berterusan Praktik Lakon dan Penilaian Akhir. Pada minggu ketiga ini, kami juga telah diberikan tugasan untuk membawa satu watak melalui pemerhatian kami sendiri terhadap watak tersebut.


Sekian
~sayonara~


No comments:

Post a Comment