June 14, 2012

Refleksi Seni Lakon Awalan (4)


16 & 19 April 2012
Seperti kebiasaan hari latihan. Kak Amy terlebih dahulu akan melihat perkembangan lakonan saya dan akan menambah di setiap kekurangan. Saya juga akan berusaha dengan bersungguh-sungguh bagi memastikan pengarah berpuas hati dengan latihan yang telah saya lakukan. Saya juga turut didedahkan berkaitan dengan subtext iaitu patahan-patahan yang perlu saya hasilkan berdasarkan skrip tersebut dan ia memerlukan kesesuaian bagi memastikan penonton nanti akan memahami apa yang akan saya sampaikan mengikut emosi dan perwatakan yang betul. Pengarah turut memberikan tunjuk ajar yang detail berkaitan dengan blocking yang akan digunakan kerana ia penting bagi memastikan kelancaran persembahan. Pengarah juga perlu memastikan setiap blocking tersebut dapat dibawa oleh saya dengan baik dan selesa bagi mengelakkan unsur kejanggalan ketika berada di atas pentas.
Melalui teknik lakonan Stanislavasky juga, terdapat beberapa teknik yang betul-betul dapat saya aplikasikan iaitu seperti teknik imiginasi dimana ketika membawa watak seperti seorang model, saya berimiginasi berdepan dengan seorang photographer yang sedang mengambil gambar saya. Ketika itu terdapat pose-pose seorang model perlu digayakan. Pengarah banyak membantu saya bagi memberikan keyakinan kepada saya bahawa saya boleh membawa watak tersebut walaupun ia agak susah. Walaupun pada mulanya saya masih ragu-ragu dengan watak yang saya bawa tapi lama kelamaan saya selesa dengan watak tersebut dengan tunjuk ajar daripada Kak Amy. Sepanjang latihan berjalan saya lebih yakin untuk membawa watak tersebut melalui latihan yang berkala.
Dalam mendalami sesebuah watak juga tumpuan adalah penting bagi memastikan pelakon berada dalam suasana cerita dari awal hingga ke akhir juga bagi mengelakkan berlakunya hilang tumpuan. Pelakon perlu betul-betul berada dalam mood dan suasana cerita untuk memastikan lakonan dapat disampaikan dengan berkesan dan dapat menarik minat penonton yang menyaksikan.
Menurut Stanislavsky juga adalah penting bagi seseorang pelakon untuk mempercayai watak dan karekter yang dibawanya kerana sekirannya pelakon tersebut tidak mempercayainya mana mungkin penonton akan merasai watak tersebut sekaligus percaya dengan cerita tersebut. Pelakon itu sendiri perlu berada dalam keadaan pukau dan memasuki ruang halusinasi dan dengan cara ini dapat membawa penonton merasai watak yang dibawa.
Kesemua teknik-teknik lakonan Stanislavsky dapat saya aplikasikan dalam latihan bersama dengan Kak Amy. Ia betul-betul berguna kepada saya. Dengan cara ini saya dapat belajar untuk membawa watak tersebut dengan baik.

sekian,
~sayonara~

No comments:

Post a Comment